31 January 2011

Renungan Buat Diriku

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi dapat bernafas walaupun rasa terkejut dan terkilan masih menghantui diri ini. Sebelum ini masih jua tercari-cari dimana salah dan silap, namun apa yang pasti Allah jualah tempat mengadu dan berserah.


PERSAHABATAN...


Banyak dikalangan kita yang pernah bersahabat hingga ke akhir hayat, namun ada juga yang hanya bersahabat hanya separuh jalan. Bagiku, setiap persahabatan perlulah ada keikhlasan, amanah dan jujur. Seperkara lagi, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Adakalanya teguran demi teguran amat diperlukan dalam persahabatan kerana jika tidak kita akan hayut dan leka dengan dunia yang diciptakan oleh diri kita sendiri.
Indahnya Persahabatan Disulami Kemesraan
Baru-baru ini, hatiku terasa amat pedih bagai ditusuk sembilu. Entah kenapa ia berlaku dan diri ini amat membenci seseorang hinggakan persahabtan yang terjalin erat, retak menanti belah! Ia berlaku sebegitu pantas dan menyebabkan diriku ini tidak dapat menerima dengan seadanya hinggakan rasa hormat dan sayang mulai pudar bagaikan dikecewakan oleh Sang Kekasih!. Adakalnya timbul perasaan marah dan benci yang kian menebal dalam diri ini hinggakan segala perbincangan bertukar menjadi gelanggang pertikaman lidah. Namun diriku tidak pasti mengapa ia berlaku sedemikian sedangkan beliau sendiri tidak pernah melakukan sebarang kesilapan.

Hari-hari yang berlalu ku tempuh dengan kepahitan. Adakalnya ujian dan dugaan dariNya datang secara serentak, namun diri ini tetap tabah menghadapi. Mungkin ini ujian kepadaku agar aku tidak terus leka dalam persahabatan. Adakalanya aku tertanya, mengapa ia terjadi dan berlaku keatas diriku ini? Apa yang pasti, setiap dugaan yang diturunkan olehNya, mesti punyai apa tersirat dan tersurat yang harus kita renungi bersama.

Suatu hari, aku cuba muhasabah diri dan cuba mencari dimana salah dan silapnya. Namun hingga ke hari ini masih jua buntu. Mungkin ia hanya perasaan diriku ini sahaja..

No comments:

Post a Comment