25 January 2011

:: Gara-Gara Tukar Bateri Kamera (Part 2)::

Selepas saja bersantai mesra bersama burung merpati (yang telah kekenyangan hampir tergolek masuk sungai), kami berjalan kaki untuk ke Cavenagh Bridge tak jauh dari tempat kami melepak tadi.
Cavenagh Bridge



Sebelum tiba di jambatan omputeh tu, ada la dua tiga patung betoi-betoi depan Menara Maybank...(dapat kat kami memang habis pose maut la..hahahahaha)
Berbual Mesra bersama....(Gila ka apa dua orang tu cakap dengan patung!)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Hadapan Cavenagh Bridge

Pose depan Khalayak Ramai...Ada Bran??
yang paling tak tahan bila tengok ada patung-patung tengah melompat terjun main air sungai..memang kena sensored!
"Tak tau la, nanti bg tau mak hampa semua!"
Destinasi seterusnya adalah Merlion Park.

Ra



Pikiaq pa tak taw la si Hana?

tak sampai 1 Jam buang masa kat situ dengan bergambar sana-sini-situ, terus nk berangkat pulang sebab nak hujan pulak..bak kata pepatah "Sediakan Payung Sebelum Hujan"...disebabkan payung tak bawak, mari kita lari selamatkan diri...

Teruskan berjalan kaki melalui susur bawah jambatan..tetiba nampak ada Starbucks kat bawah titi?? tak dak tempat lain ka depan nk juai makan..sampai bawah titi pun laku.. 
disebelah kanan (berpayung): Starbucks Coffee House


Lepas sikit dari situ ada kedai cenderamata..Kami nak rehat sat sebelum nak pikiaq samada nak balik teruih atau nak pi jalan-jalan lagi sebab dalam kepala ingat nak pi Science Center. Masa tu ada CSI kat sana. Yang gilanya, sapa pun tak taw jalan nak pi sana..Pakat-pakat bawak keluaq GPS masing-masing!
Pakat dok cari jalan guna GPS..
Akhirnya tak jadi pergi sebab Hana takut sampai lewat kat M'sia nanti. Jadi terpaksa la tangguh dulu niat tu, Insyallah kalau ada masa nak pi juga Science Centre depa tu. Jadi, melepak sat kat situ di bawah titi sambil Amar dok kacau daun..ishhh
Menggangu kenteraman btui budak nih! time dok layan sungai depa, ada juga makluk ni mai dok kacau
Lama jugak kami dua dok sembang kat tepi tebing sungai depa sambil dipagari jeriji besi kuning tu. Punya la dok sembang pasai pembinaan titi depa nih, nampak baguih kalau buat design kat titi baru UTM nanti.
Pendapat Amar memang boleh pakai...setuju-setuju!
Tetiba Hana panggil sebab dah nak jalan balik dah. Berjalan pulak nak balik pi stesen MRT Clarke Quay. Bukan tak tau, skali nampak Monumen mesti ja nak singgah bergambaq..kena lalu ikut trowong sikit baru sampai seberang sana..bukan pa, kat Singapore tak boleh lintas batas suka-suka hati..nanti ada ja abang spek mata itam mai saman



Berjalan mengambil masa kira-kira 10minit untuk sampai ke Stesen MRT bawah tanah.
Laju gila depa dua ni,tak sabaq nk ligan MRT tu kot


 Train depa sampai tepat pada masa. Kira tak tunggu lama sangat la berbanding LRT kat KL tu!.. Elok masuk ja dalam MRT, boleh depa dua dok buat taik mata..tak percaya? tengoklah...
Amar tidoq sambil berdiri...macho tu!

Yang ni tak kata la, memang letih sangat sampai tak sedaq dia tidoq!
 Perjalanan menagmbil masa selama 45minit untuk tiba di Stesen Kranji..
Letih ja muka Amar
 Sampai ja di stesen Kranji, kena pulak ambik Bas untuk ke CIQ Singapore..tersenyum riang si Hana bila dapat naik bas...

Tup-tup sat ja sampai CIQ Singapore-Malaysia..Dalam perjalanan dari CIQ Singapore tu kena berdiri dalam bas. Dah la sesak gila jalan. Sepatutnya ambik masa 10 Minit transit jadi 30 Minit..lengoh lutut dok berdiri lama...Alhamdulillah, selamat sampai M'sia kira-kira 4.20 petang...sambil tengah jalan lepasi kaunter CIQ Malaysia Hana kata jom pi cari makan, kita makan kat Plaza Angsana JB..Sebelum tu kena pi solat dulu. Indah juga Kompleks CIQ Malaysia, semua ada...

Tepat jam 5 petang, elok jalan nak keluaq dari situ, tetiba ja Hana boleh jumpa logo Pakcik Pakai Apron warna merah belang putih (KFC)! teruih dia singgah order makan...kami dua pun tak terkecuali nak merasa ayam rempah baru keluaran pakcik apron nih, pa lagi..Dinner Plate la...
Skali dapat makan, sampai buncit perut ni























Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan seharian kami di Kota Singa. Banyak dugaan juga yang ditutunkan Allah kepada kami bertiga semasa didalam perjalanan dan adakalanya ia tidak disiarkan didalam catatan ini

2 comments: