24 January 2011

:: Gara-Gara Tukar Bateri Kamera (Part 1)::

Bulan Disember 2010 lepas sempat kaki ini menjengah ke Singapura. Suatu tempat yang terbaik untuk melancong dan riadah terutama kepada semua peringkat usia, tak kira yang muda, yang sedang dilamun asmaradana, yang berfamili dan seumpamanya lah (susah nak describe panjang-panjang..nanti kena BOM!). Kata orang "tumpang Pasport masih Hidup, tunggu pa lagi..."

Ni semua idea Hana. Dia ni staf Petrosains JB (cun taw,tapi sayang dh berpunya & yang paling penting jeritannya itu macam.....ooopppss). Minggu sebelum tu, dia bawak famili dia pi beli belah sakan punya dekat Singapore sana (Nalaaaa Punya Depa Shopping, Sakannn!). Siap beli kamera Nikon DSLR lagi. Balik mai Malaysia baru perasan kata Bateri dia bagi tak boleh nak cas pulak..apa cerrr???


Apa lagi, dia terus ajak pi sana. Siap nak belanja lagi..orang tua-tua cakap "Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari". Memandangkan Amar pun nk join, kena la pi teman sekali.

Awal pagi 31 Disember 2010 (merupakan cuti umum M'sia menang Piala AFF) bertolak dari UTM Skudai sewal jam 8 pagi terus pi breakfast kat Hutan Bandar. Kat situ paling famous & glamorus Mee Onn..Memang kesukaan,sampai ada yang tambah bermangkuk-mangkuk!!!..Lepas ja makan terus berangkat ke JB Sentral. Sebelum tu kena pi tukaq duit dulu kat money changer..Cari punya cari, baru jumpa, nasib dia tak cuti. Hana bagi kat Amar RM200 suruh pi tukaq. Masa tu RM2.38 sama dengan 1 dollar. Baru terasa duit kita kecik berbanding negara depa. Dulu masa pi China, kita paling kaya..Mau daknya, RM1 sama dengan 2 China Reminbi...

Lepas tukaq duit, terus lintas batas pi parking kreta betui-betui depan JB Sentral (Ikutkan harga parking sejam RM2.60, disebabkan cuti umum RM2 sekali masuk). Bergegas la kami pi CIQ takut nanti kena beratuq kat CIQ Singapore sana tu, mau daknya, sebelum ni kalau hari biasa tobat kena tunggu sejam lebih baru lepas**-Dinasihatkan kepada orang-orang tua, Ibu sarat mengandung jangan ikut cara ini, sebab nak sampai kaunter Imegresen M'sia kena berjalan jauh!Berpeluh-peluh sampai membasahi pipi...tak percaya?sila la cuba....

Kemudian selepas buat imbasan pasport kat mesin terus berjalan turun amik bas yang terletak diaras bawah kompleks CIQ tu. Bas yang Hana cadangkan untuk ke Syed Alwi Road adalah W1 iaitu menuju ke Kranji. Sebelum ke Kranji kena la turun kat CIQ Singapore dulu. Sempat mengorat akak CIQ yang cop pasport tu..Saja tanya dia apa yang best kat Singapore? terus dia jawab dengan segan silu "Macam-macam ada..hari ni kan nk countdown new year, tapi jangan lupa ambil gambar.." Terus membalas senyuman.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 45minit dari CIQ Singapore ke Kranji. Setibanya di Kranji terus ambil Teksi untuk ke Syed Alwi Road. Caj dikenakan untuk sebuah teksi ke situ $5..kira ok la sebab 3 orang dalam teksi tu kot.

Sambil lalu dalam kesesakan dan kesibukan bandaraya itu, sempat rakamkan gambar suasana di sana.




Setibanya di Syed Alwi Road, rupanya kat situ syurga beli belah untuk barang-barang murah sebab apa? sebab kat situ juga terletaknya gedung beli belah MUSTAFA..Kira macam MAIDIN & GIANT Malaysia la juga. Yang paling terkejutnya ia beroperasi 24 Jam!.. Teksi menurunkan kami dihadapan kedai kamera yang Hana beli tempohari.


Masuk ja kedai tu, terus disambut oleh tuan punya kedai siap minta maaf kat Hana sebab menyusahkan dia datang begitu jauh semata-mata nak tukar bateri kamera (mau daknya, overseas tu kot). Kak Hana pun apa lagi, Sound Direct la....(Motiff??? salah dia jugak tak belek habih benda tu..)


Tinggal la kami berdua yang tak tau nak buat apa jadah..tunggu pa lagi, bergambar ala-ala pelancong yang tak pernah tengok cermin...(ziap-zia, zup-zup amik gambaq)

Habis saja tukar bateri, Hana mintak kami ambil gambar ala-ala muka artis Rossa..

Sebenarnya objektif utama kami memang untuk tukar bateri kamera tu ja, disebabkan masa baru 11 pagi, tetiba rancangan baikkk punya keluar dari otak-otak kami bertiga. Jom jalan-jalan!....Tapi tak tau nak pi mana. Hana terus tanya uncle kedai tadi kawasan santai-santai kat Singapura dimana? terus uncle tu jawab, Marina Bay sebab ada kasino kat situ..(Hampeh btoi apek sorang ni, kami bukan boleh main pun benda-benda haram jadah tu!). Tetiba Hana teringat Merlion Park & terus tanya macam mana nak pi kawasan tu. Uncle tu jawab cara mudah, naik teksi la dikkk oiii!..lain cara tak kena naik MRT turun kat Farrer Park..Jalan kaki sikit ja depan tu (sikit?punya lah mandi peluh)

Seterusnya kami berjalan kaki ke Stesen MRT. Tetiba lalu depan Masjid Angullia yang terkenal dekat situ, terus berposing maut depan masjid gitu

Kemudian sampai ja kat stesen MRT masa turun tangga pun depa nk possing maut jugak!

Masa nak beli tiket tetiba ada seorang pakcik tegur, siap speaking Malay lagi "Nak pi mana?". Terkejut kami bertiga, mau daknya..Nasib la ada pakcik sorang ni, dia la yang jadi pemandu pelancong kami. Masa tu dia nak pi Masjid, tapi disebabkan kami dia terus tolong & bantu untuk sampai ke destinasi. Dia cakap tak pa, masjid kat Merlion Park ada, sat lagi pakcik solat Jumaat kat situ (kami pulak?? kena la jamak....)
Pakcik Yang Steady Sanggup Bantu Kami Bertiga

Tiket kami akan transit kat Dhoby Ghout untuk amik train lain ke Clarke Quay (kira dekat dah dengan Merlion Park). Punya la laju pakcik ni berjalan masa transit tu..naik tangga sama macam pecutan MRT!
Ni la wajah Pakcik Yang Bantu Kami...Sempoi

Tak sampai 10 minit sampai kami di Clarke Quay. Berjalan kaki keluar dari stesen MRT Bawah Tanah menuju ke Merlion Park, tetiba pakcik tu cakap "sampai sini ja pakcik teman, pakcik nak pi solat Jumaat dekat UOB Plaza.." Kami pun berterima kasih la banyak-banyak kat pakcik ni, nasibla Allah hantarq bagi petunjuk jalan..Sesat la kami kalau pi rodong macam tu ja.

Jalan kaki sikit, nampak dari jauh Bangunan macam bentuk durian, tajam tuuu!..
burung pun takmau dok atas bumbung tu...TAJAM!!

Melepak sekejap kat tepi sungai depa ni. Sambil tu makan tengahari dengan sandwich yang dibuat pagi tadi. Si Amar tak habih-habih dengan dok belek-belek kemera Hana..Maklumlah, baru kot!...takpa, dia rajin dok amik gambaq kami. Tengoklah gambaq-gambaq kami sepanjang melepak 1 Jam kat situ.
Ciwi sungguh Amar dengan kamera baru 

Macam dekat Kola Perlis
ala Rossa shooting video klip baru! yang penting air mineral by Mesra Petronas


Burung Merpati ni pantang nampak makanan, masa suap Sandwich masuk mulut, separuh lagi untuk diaorang..sekali bagi, dia angkut member serumah dia!

1 comment: