31 January 2011

Renungan Buat Diriku

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi dapat bernafas walaupun rasa terkejut dan terkilan masih menghantui diri ini. Sebelum ini masih jua tercari-cari dimana salah dan silap, namun apa yang pasti Allah jualah tempat mengadu dan berserah.


PERSAHABATAN...


Banyak dikalangan kita yang pernah bersahabat hingga ke akhir hayat, namun ada juga yang hanya bersahabat hanya separuh jalan. Bagiku, setiap persahabatan perlulah ada keikhlasan, amanah dan jujur. Seperkara lagi, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain. Adakalanya teguran demi teguran amat diperlukan dalam persahabatan kerana jika tidak kita akan hayut dan leka dengan dunia yang diciptakan oleh diri kita sendiri.
Indahnya Persahabatan Disulami Kemesraan
Baru-baru ini, hatiku terasa amat pedih bagai ditusuk sembilu. Entah kenapa ia berlaku dan diri ini amat membenci seseorang hinggakan persahabtan yang terjalin erat, retak menanti belah! Ia berlaku sebegitu pantas dan menyebabkan diriku ini tidak dapat menerima dengan seadanya hinggakan rasa hormat dan sayang mulai pudar bagaikan dikecewakan oleh Sang Kekasih!. Adakalnya timbul perasaan marah dan benci yang kian menebal dalam diri ini hinggakan segala perbincangan bertukar menjadi gelanggang pertikaman lidah. Namun diriku tidak pasti mengapa ia berlaku sedemikian sedangkan beliau sendiri tidak pernah melakukan sebarang kesilapan.

Hari-hari yang berlalu ku tempuh dengan kepahitan. Adakalnya ujian dan dugaan dariNya datang secara serentak, namun diri ini tetap tabah menghadapi. Mungkin ini ujian kepadaku agar aku tidak terus leka dalam persahabatan. Adakalanya aku tertanya, mengapa ia terjadi dan berlaku keatas diriku ini? Apa yang pasti, setiap dugaan yang diturunkan olehNya, mesti punyai apa tersirat dan tersurat yang harus kita renungi bersama.

Suatu hari, aku cuba muhasabah diri dan cuba mencari dimana salah dan silapnya. Namun hingga ke hari ini masih jua buntu. Mungkin ia hanya perasaan diriku ini sahaja..

26 January 2011

Kecelaruan Dalam Hidupku

Dari minggu lepas hingga saat ini, minda & hatiku kosong..celaru..haru-biru.. entah dimana silapnya hinggakan hubungan baik sama teman-teman mulai goyah..

Aku jadi bingung, murung dengan tetiba..bagai ditusuk sembilu hingga saatku terasa diri ku ini tidak mampu berdiri dan amat lemah..Ku cuba betulkan keadaan, namun yang pasti masih jua tercari-cari dimana salahnya..

Kekosongan ini menyebabkan diriku cuba meronta-ronta mencari suatu kebenaran disebalik kekalutan...Mungkin ini petanda aku akan kehilangan teman-teman buat selamanya. Mudahan akan ku tempuh ujian ini dengan penuh kesabaran.

Kesetian didalam persahabatan tidak selamanya, mungkin sekadar menjengah untuk bersama.. Biarkan segala kenangan lalu menjadi pelita abadi yang menerangi lubuk sanubari ku ini. Andai diriku ini hanyut bersama kekalutan ini, sedarkan daku wahai teman supaya diriku ini tidak terus bergelumang dengan dosa.

25 January 2011

:: Gara-Gara Tukar Bateri Kamera (Part 2)::

Selepas saja bersantai mesra bersama burung merpati (yang telah kekenyangan hampir tergolek masuk sungai), kami berjalan kaki untuk ke Cavenagh Bridge tak jauh dari tempat kami melepak tadi.
Cavenagh Bridge

24 January 2011

:: Gara-Gara Tukar Bateri Kamera (Part 1)::

Bulan Disember 2010 lepas sempat kaki ini menjengah ke Singapura. Suatu tempat yang terbaik untuk melancong dan riadah terutama kepada semua peringkat usia, tak kira yang muda, yang sedang dilamun asmaradana, yang berfamili dan seumpamanya lah (susah nak describe panjang-panjang..nanti kena BOM!). Kata orang "tumpang Pasport masih Hidup, tunggu pa lagi..."

Ni semua idea Hana. Dia ni staf Petrosains JB (cun taw,tapi sayang dh berpunya & yang paling penting jeritannya itu macam.....ooopppss). Minggu sebelum tu, dia bawak famili dia pi beli belah sakan punya dekat Singapore sana (Nalaaaa Punya Depa Shopping, Sakannn!). Siap beli kamera Nikon DSLR lagi. Balik mai Malaysia baru perasan kata Bateri dia bagi tak boleh nak cas pulak..apa cerrr???

23 January 2011

Petrosains PlaySmart


Petosains!!! 

Ramai yang tak tahu Petrosains telah bertapak di Johor selama hampir 3 Tahun lebih. Yang pasti masih lagi ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah mengambil tahu tentang kewujudan Kami di kawasan mereka walaupun ia teramatlah hampir dengan kawasan kediaman mereka. Kekadang ada juga yang bertanya "Bila Masa Ada Petrosains Di JB ini...?" (Pandai-pandai lah jawab)

Petrosains ini merupakan milik sepenuhnya PETRONAS yang merupakan Syarikat GLC milik Malaysia. Petrosains juga adalah salah satu program tanggungjawab koprat PETRONAS dalam merealisasikan harapan dan cita-cita negara menjadikan sesebuah negara itu maju.

Berkonsepkan secara santai dan mesra, Kami tidak kekok mengendalikan sebarang program berkaitan Sains dan Alam Sekitar. Walaupun penat, namun Kami tetap melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi bagi menarik dan menambahkan pengetahuan rakyat Malaysia tidak kira peringkat usia.

Oleh itu, bagi pihak Petrosains PlaySmart kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke untuk datang bersama-sama kami menjayakan pelbagai program yang disediakan secara PERCUMA.

PETROSAINS PLAYSMART DIBAWAKAN KHAS OLEH PETRONAS.

Blog-Oh-Blog

Cabai Giling kalau ditenyeh kat mulut, sedap juga...Sebenarnya 'Cabai Giling' dalam 'Loghat Utara' bermaksud Cili Giling..mesti semua dapat tau tahap kepanasan apabila tengah giling cabai, mau taknya main dengan cabai tu memang panas..Oleh itu, jangan la bermain-main dengan aku sebab aku ni boleh bertukar 'mood' bila-bila masa saja hinggakan member sendiri pun tak boleh baca otak aku yang kekadang gila sikit..(aku tak gila)