14 October 2011

Destinasi Bajet di Bulan Februari: Bercuti Ke Melaka (Part 1)

Assalammualaikum..
Lama tak updated blog nih..kesibukan tugas harian menyebabkan ku sukar mencari masa terluang..

Alhamdulillah, pada bulan Februari baru ini sempat ku keluar bercuti bersama Salhan, Hazwan dan Amar. Destinasi kami kali ini adalah Melaka yang merupakan bandaraya yang mendapat jolokan 'Bandaraya Bersejarah'. Oleh itu tidak hairanlah jika bandaraya ini diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai 'World Heritage City'. Percutian sebegini perlu dibuat memandangkan diriku ini senantiasa sibuk dengan pelajaran setiap masa di Kuliah, Studio Work, Outreach Program. Oleh itu, cuti semester pada bulan Februari di gunakan sebaik mungkin untuk rehatkan minda dan juga fizikal ini. Secara tidak langsung, ia dapat memberi satu kelapangan minda untuk terus melihat keindahan ciptaan Allah S.W.T ini.

Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang sama sekali. Namun kerana desakan atas diri sendiri, maka pada 2 & 3 hb Februari 2011 dipilih memandangkan pada hari tersebut merupakan Sambutan Tahun Baru Cina yang merupakan jatuh pada cuti semester. Perjalanan bermula disebelah petang memandangkan disebelah awal paginya punyai jadual yang ketat iaitu ke rumah saudara Salhan di Kuarters Kakitangan Awam Jabatan Immegresen Gelang Patah dimana kami sempat menjamah makanan tengahari yang disediakan. Memang enak dan lazat sebab tuan rumah merupakan anak jati Kelantan. Layanan yang diberikan cukup membuatkan kami berasa amat selesa seperti berada di rumah sendiri.

Tepat jam 2 petang bertolak memasuki laluan lebuhraya utara selatan melalui Gelang Patah, namun kesesakan yang teruk berlaku memandangkan warga bandaraya ini sudah memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Oleh itu, kami mengambil keputusan ke Melaka melalui jalan persekutuan dan negeri. Alhamdulillah, sempat kami menumpangkan Azmi pulang ke kampungnya di Batu Pahat walaupun pada masa tersebut daerah terbabit sedang dilanda musibah iaitu Banjir.

Perjalanan diteruskan dan tepat jam 6 petang kami selamat tiba di rumah Amar memandangkan kami akan menginap di 'homestay' berhampiran rumah (jarak 50meter dari rumah beliau). Kami terpaksa menanti tuan rumah sewa kerana keluar ke destinasi yang tidak dikenalpasti. Setibanya di rumah Amar, kami menunaikan solat jamak besama-sama dan selepas itu, kami terus makan malam.

Destinasi pertama kami adalah ke Medan Ikan Bakar Umbai yang tak berapa jauh dari rumah Amar kira-kira 500meter sahaja. Tiba sahaja, penuh dengan pengunjung yang bersantai di tepi pantai yang ditambak penuh dengan batuan kerikil. Amat cantik sekali pemandangan diwaktu matahari terbenam dengan tiupan angin dari Lautan Selat Melaka, memang layan habis.

Dari segi fasiliti memang kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan pelancong memandangkan pembangunan persekitaran terutama terbinanya laluan penjalan kaki untuk menyurusi sekitar kawasan hutan paya bakau yang terletak di sekitar pantai tersebut.

Sebelum mencari kawasan Seafood yang terbaik, kami sempat bermesraan dengan kawasan terbabit.





No comments:

Post a Comment